Thursday 2 June 2016

RESEPI : Biskut Jejari



Bahan-Bahan :
Roti Sandwich (dipotong)
Coklat masakan
Nestum
Cara Membuat:
1. Gunakan gunting atau pisau, potong bahagian tepi roti. Kemudian, potong panjang-panjang dan potong dua pula.
2. Susun rapat-rapat roti di atas dulang kerana ia tidak akan melekat. Tetapi jangan susun terlalu berlapis untuk mengelak masak tidak sekata.
3. Bakar pada suhu 120 C selama 15 minit sehingga kekuningan. Pastikan bahawa roti betul-betul rangup.
4. Cairkan coklat masakan dengan cara masukkan coklat dalam mangkuk kemudian letak dalam periuk berisi air (double boiler).
5. Masak hingga coklat masakan menjadi cair.
6. Masukkan roti yang telah dibakar. Ratakan coklat kesemua permukaanroti.
7. Angkat dan salutkan dengan Nestum.
8. Biarkan coklat keras dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA :)
Sumber: Facebook 


1 comment:

> Pause Here
 

Anis Shafika ©2016 All Right Reserved. Powered by Blogger