Monday, 21 November 2016

TUDUNG



22 November - Selamat pagi semua, hehe harini dapat update blog lagi sebab Anis takde kelas dah pagi ni. Kan semalam Anis dah beritahu yang minggu ni minggu terakhir untuk sem 3 ni so kiranya takde kelas tinggal untuk settle kan presentation ja. Huhu ๐Ÿ˜ Okay actually bukan nak story pasal tu ni haa nak story pasal TUDUNG ataupun SHAWL.

Tudung ataupun shawl merupakan salah satu masalah paling besar akan terjadi pada perempuan bila ianya tak menjadi ๐Ÿ˜‚ Haha takyah cakap kat orang lain lah dekat Anis sendiri pun akan terjadi perkara yang sama. Contohnya, harini kira nak pakai tudung bawal ja tapi bila dah pakai mula lah tak sama lah muncung hat yang atas tu jadi kelepek gitu lah. Em itu akan membuatkan semua perempuan akan menjadi hilang mood. Betul tak? Ke okay ja kalau muncung kat tudung jadi kelepek gitu? Kalau Anis tak boleh jadi gitu rimas wehhh~ ๐Ÿ˜ž

Ni belum shawl lagi ni em bukan main banyak lagi nak kena belit sana nak kena belit sini pin pulak kalau boleh satu bekas tu nak selit kat shawl hahahha ๐Ÿ˜‚ Kalau Anis jenis yang muka boolat dan chubby gitu susah sikit nak pakai shawl yang macam macam gaya tu. Yang ada terlepas kat tepi lah ada macam em haaa macam macam gaya lah kalau shawl. Kalau Anis buat selalu ja tak jadi. WHY WHY WHY? ๐Ÿ˜ญ Dan akhirnya hanya satu ja yang boleh digayakan macam biasa ja.

Tapi yang penting sekali awak awak sekalian yang kaum hawa, ingat ya! Pakai lah apa pun awak nak pakai tudung ke shawl ke jadi ke tak menjadi ke tapi ingat mesti sampai bawah dada maksudnya tutup dada awak! Rujuk pada ayat al-quran yang ini ya.

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31),
Pesanan ini bukan untuk awak awak saja tapi untuk Anis juga. InshaAllah sama sama kita cuba perbaiki diri kita ya. Biarlah orang nak kata eh kau nak jadi ustazah ka pakai tudung atau shawl labuh labuh ni. Kalau ada yang cakap macam tu awak bacakan apa yang telah diperintah dalam surah an-nur ni. Melabuhkan tudung bukan hanya untuk ustazah ja tapi untuk semua kaum hawa. Takpe, perlahan lahan kita cuba melabuhkan tudung ya. 

Okay itu saja perkongsian untuk harini later Anis story pasal lain pulak ye. TQ sudi membaca di blog yang tak seberapa ni hehe ๐Ÿ’• Assalamualaikum.
> Pause Here
 

Anis Shafika ©2016 All Right Reserved. Powered by Blogger