Saturday 2 January 2016

Kaunseling Islami


Hai, harini dah masuk hari yang kedua kita berada di tahun baru. Macam mana? Okay ke tahun baru? ke belum ada pape lagi. Hehe :D Actually, harini nak share lah sikit bidang yang Anis ceburi sekarang ni iaitu kaunseling. Ada sesiapa yang pernah buat sesi kaunseling ni ke? Anis tak pernah pun pergi kaunseling ke apa, masa sekolah menengah pun tak pernah lah lagi kena tindakan kaunseling ke apa. Haha, budak baik. KONONnya >.< Okay, tak payah banyak cerita kita terus kepada perkara yang nak dikongsikan. Moga bermanfaat untuk sahabat sekalian :)

Apa itu Kaunseling?

Kaunseling adalah satu profession atau kerjaya memerlukan latihan peringkat ijazah, persatuan profesional, perlesenan dan persijilan, ada piawaian etika, dan lain lain.  Maksudnya, kalau nak jadi kaunseling nak kena sijil Ijazah Sarjana Muda. So, kalau Anis nak jadi Kaunseling kena lah ambik DEGREE. Doakan Anis ye ;)

Kaunseling berkait dengan kesempurnaan kendiri, perkembangan diri, kerjaya dan masalah patologi. Patologi ni maksudnya macam kemurungan, emosi dan sebagainya. Kaunseling ni satu perkhidmatan untuk membantu klien. Kaunseling dikendalikan oleh kaunselor bersama dengan seseorang klien yang boleh berfungsi dengan sempurna iaitu orang yang normal tetapi mempunyai permasalahan yang serius.

Kaunseling adalah suatu proses berkaitan dengan perkembangan atau intervensi iaitu pendekatan untuk mengatasi klien. Ada lah cara caranya. Kaunseling adalah satu proses dalam mana klien akan mempelajari bagaimana untuk membuat keputusan dan mengatur cara cara baru bertingkah laku, berperasaan dan berfikir mengikut matlamat yang mereka tentukan sendiri (Bukan matlamat yang ditentukan oleh kaunselor).

Kaunseling adalah berasakan teori. Kaunselor profesional menjalankan tugasnya berpandukan kepada teori kaunseling sama ada dalam kaunseling individu, kelompok, keluarga atau sistem sistem yang lain. Teori kaunseling ni kena faham betul betul. Kalau tak memang susah lah Anis cakap dekat korang. Anis yang belajar ni pun rasa pening pening lalat je. Haha >.< Kaunseling ni jugak  ada berbagai bidang kepakaran mengikut latihan yang diterima oleh kaunselor.

K Anis tambah sikit je ye apa yang Anis faham dengan bidang ni. Kalau korang mesti cakap jadi kaunselor ni nak kena bantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi kan? Ya memang betul tapi yang lebih tepatnya Kaunseling ni nak bagi KLIEN CELIK AKAL. Sebab itu kena belajar TEORI KAUNSELING dan PSIKOLOGI baru boleh kita tolong klien.

Hm, rasanya cukup setakat itu. Nanti Anis share Etika dan Adab dalam bimbingan dan kaunseling. 
P/s Kalau ada salah silap mohon dimaafkan. Anis pun baru belajar dalam bidang ni. Anis cuma kongsikan yang Anis dah pelajari je ^_^ Heeeee :D Btw, Thanks sebab sudi membaca.

5 comments:

  1. Assalamualaikum . Anis ambik kaunseling kat mana ?? Semoga berjaya ambik kos kaunseling nie ^^ . Wani ada ramai kawan ambik kos kaunseling .

    ReplyDelete
  2. Tapi orang lelaki ni malu sikit nak jumpa kaunselor.. Ego mungkin? Apapun Selamat Tahun Baru.. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. MD follow sini jugak =)

    ReplyDelete
  3. waaa.. kos kaunseling kos impian huda, tapi x tercapai. sedihh.. btw gudluck !

    ReplyDelete

> Pause Here
 

Anis Shafika ©2016 All Right Reserved. Powered by Blogger