Friday 18 December 2015

Di tag untuk jawab 10 soalan dari Miss Anis Nabilah

                                          بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Assalamualaikum, nampak gif kat atas tu. Haha, rasa happy and excited gila bila first time di tag ni >.< Selalu tengok orang je tag dekat orang lain untuk jawab soalan yang diberi. Tup tup pagi tadi tengok cbox lepas tu ada lah sorang hamba Allah ni tag anis pulak. Hehe :D Rasa excited gila. Haha >.< First of all, thanks kepada saudari Anis yang sudi tag dekat anis. Eh eh nama kita sama >.< Hehe. But, anis hanya mampu untuk jawab soalan saudari je tapi nak tanya dekat orang lain memang tak kut. Sebab otak tengah lepu gila. Takde soalan nak ditanya. Haha, maaf -.-

Baiklah berikutnya adalah soalan yang diberi. In sha Allah, anis akan jawab dengan sebaik mungkin. Kalau jawapannya macam entah pape, maaf lah ye. 

1. Nama penuh anda ? 
2. Sebab apa mula berblogging ?
3. Macam mana boleh terlintas nak choose theme untuk blog yang sekarang ni ?
4. Berapa lama dah follow blog Anis ? Ke tak follow lagi?
5. Pendapat korang tentang blog Anis ? 
6. Best book ever yang korang pernah baca dan nyatakan sikit jalan cerita buku tu . 
7. Kalau lah ada syarikat penerbangan nak taja percutian anda, anda akan memilih untuk pergi ke ? Sebab apa pilih situ ?
8. Any best drama you want to suggest ?
9. Apa azam tahun depan ? 
10 . Ucapan terakhir untuk Anis :) 
Jawapan Anis:

1. Nama penuh anda?

Nama diberi Nurul Anis Shafika binti Abu Bakar. Boleh panggil Nurul atau Anis. But jangan panggil Shafika >.< Haha, tak tau lah kenapa tak suka orang panggil Shafika. Tak kena dengan jiwa maybe. Tapi kadang kadang kawan suka sangat menyakat suka panggil shafika takpun Apam -.- Em, tiba tiba Apam pulak :3 Pape pun terima kasih dekat ibu bagi nama yang comel dekat anis. Hehe, ok yang ni gedik sikit saja nak beritahu maksud nama anis. Hehe, maksud Anis ni "SAHABAT SETIA" Wuuuu ~.~ Siapa yang berkawan dengan anis tahu lah macam mana anis dan ada tak sikap peribadi macam maksud nama tu. Hmm, k cukup untuk jawapan soalan pertama ni.

2. Sebab apa mula berblogging?

Pada mulanya, tak pernah tahu pun ada blogger ni. Haha >.< Lepas tu, kawan sepupu anis yang kenal kan anis dengan benda alah ni. Then, anis pun try lah em sejak tu lah mula berblogging. Actually, saje je nak berblogging takde sebab lain pun. Saje nak share cerita tapi cerita anis simple ja takde yang menarik pun. Hehe :D Em kira macam tu lah , haha.

3. Macam mana boleh terlintas nak choose theme untuk blog yang sekarang ni? 

Actually, ini bukan theme anis yang buat tapi anis ambik dari blog sis ni. Anis pilih theme ni pun sebab simple menarik dan senang nak belek belek. Dulu, pernah guna blogskin tapi Allah pening kepala nak edit then rambang mata banyak comel comel skin nya. Em, lastly guna theme ni ja. Malas dah nak tukar dah. Heeee :D in sha Allah nanti anis try buat sendiri. 

4. Berapa lama dah follow blog Anis? Ke tak follow lagi?

Eh, kita dah follow awak lah Anis :D Heee, terasa macam cakap dengan diri sendiri. Haha >.< Em, rasanya baru dua tiga ja follow blog awak. Heeee :D

5. Pendapat korang tentang blog Anis?

Comel sangat! Lebih lebih lagi header awak >.< Ada awan awan lagi. Hehe, simple tapi menarik :)

6. Best book ever yang korang pernah baca dan nyatakan sikit jalan cerita buku tu.

Best book ever yang pernah anis baca? Em, entah lah buku sejarah dan sains form 4 and 5 kut. Haha alaa dah baca buku tu nanti tahu lah jalan ceritanya lebih lebih lagi sejarah -,- Haha. Entah kenapa lah suka sangat buku tu. Novel? Em tak berapa minat sangat baca novel sebab last last keluar jugak dalam tv -.- 

7. Kalau lah ada syarikat penerbangan nak taja percutian anda, anda akan memilih untuk pergi ke? Sebab apa pilih situ?

KALAU LAH ada ya? Em, sudah semestinya nak ke tanah suci Mekah. Semua umat islam teringin ke sana :') Sebab apa? Sebab nak sucikan jiwa dan sebab yang lain biarlah hanya Allah saja yang tahu :'( Kalau percutian pulak? Em nak kemana ha? Pergi mana mana pun takpe asalkan dapat hilangkan segala masalah dalam diri ni -.- Tu ja kut.

8. Any best drama you want to suggest?

Drama apa eh? Entahlah nak~ Takde drama yang best pun. Banyak BERdrama je lebih drama sekarang ni :3

9. Apa azam tahun depan?

Nak kurus nak kurus nak kurus >.< Aicewahhh, haha takdelah itu salah satunya lah. Azam tahun depan nak jaga solat 5 waktu ni sebaik yang mungkin, nak buat ibu ayah hari hari tersenyum dan macam macam lagi. Sebenarnya, azam ni hari hari boleh berubah. Yedokk? Iyelah kut. Huhu.

10. Ucapan yang terakhir untuk Anis :)

Disebabkan umur kita beza setahun, Akak anis ada sedikit pesanan untuk adik Anis. Em, akhir soalan lah nak berAkak adik pulak. Haha :D Semoga Anis jadi anak yang baik untuk ibu bapa Anis. Jaga iman jaga hati jaga mata. Dan lagi satu jaga solat dan jangan mudah cair dengan kata kata manis ajnabi. MEmbohong ja dorang tu. Tak semua lah. Hehe, tiba tiba pulak pasal ni. Hehe, semoga ukhuwah yang terjalin ni akan berkekalan. In sha Allah :)



Baiklah semua soalan dah dijawab, maaf kepada yang memberi soalan kalau ada soalan yang jawapan nya macam entah pape, panjang sangat  dan ada typo ke kan. Faham faham je lah. Dah malas nak baca balik. Hehe. Terima kasih sekali lagi sebab sudi tag AKAK anis. Haha ^_^ Sekiann~

3 comments:

  1. Wahh terima kasih kak Anis sebab sudi jawab dan terima kasih jugak bagi nasihat tu :)

    ReplyDelete
  2. Ehhh .. jawapan kita hampir sama .. ngee
    http://kimchaa.blogspot.my/2015/12/awak-tanya-saya-jawab.html?m=0

    ReplyDelete
  3. best book sejarah and sains??haha..kalau sis yg baca mmg buku tu melekat kt muka..sbb dh tertido.haha..

    ReplyDelete

> Pause Here
 

Anis Shafika ©2016 All Right Reserved. Powered by Blogger