Tuesday 12 July 2016

Gembira


Alhamdulillah, dapat juga buka blog setelah beberapa minggu menyepi seketika. Al maklum lah bulan lepas sibuk dengan mengemas rumah, buat kuih, bako lemang dan sebagainya lah. Bulan ni pulak bulan SYAWAL bulan raya. Emmmm, lagi lah sibuk duk beraya sana duk beraya sini. Rumah pulak tak berhenti henti orang datang sampai ke malam pun ada :3 Haha, letih tapi seronok sangat.

Harini, baru dapat buka sebab sekarang ni memang tengah free. Lagipun bulan 8 ni baru masuk kolej balik. Opss lupa UNIVERSITI -.- haha. Adehh. Alhamdulillah memang banyak kegembiraan yang Allah kurniaan pada tahun ini. Pertama, diberi kesempatan berpuasa dan beraya bersama kedua ibu bapa dan abang yang tercinta. Kedua, Kolej Anis yang dulu diberi nama KUISAS iaitu KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SULTAN AZLAN SHAH dibawah kerajaan PERAK  kini dibawah kerajaan sepenuhnya dan telah ditukar nama USAS iaitu UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH. Jangan tanya kenapa takde ISLAM dalam tu.

Yang terakhir, dapat jumpa kawan kawan lama yang dah lama tak bersua muka. Tapi, masa raya ni memang best sebab dapat jumpa kembar Anis aka Illiya. Dapat jumpa kawan lain jugak. Apa yang buat Anis gembira dapat gelak ketawa bersama mereka :') Sangat berharga lah masa ni. Semoga kita bertemu lagi, InshaAllah :) 

Tapi ada sedih jugak, badan Anis macam dah naik dah macam gemukkkkkk T_T hahaha. Omg tak tau macam nak buat ni. Sebab kawan banyak tegur "Eh Anis nampak dah gemuk lah" hahaha padahal masa tu Anis pakai baju besar memang lah nampak gemuk sikit :P hahaha pape je lah. K lah setakat itu je SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

No comments:

Post a Comment

> Pause Here
 

Anis Shafika ©2016 All Right Reserved. Powered by Blogger