Monday 9 May 2016

Dress Office Wanita

Assalamualaikum dan Selamat Malam Readers :)

Okay malam ni ada sedikit perkongsian yang ingin dikongsikan dengan wanita-wanita diluar sana tentang Dress Office Wanita. So, jom baca dibawah ni :D

4 Appropriate Womens Office Dresses

Sebenarnya bukan semua wanita berani untuk memakai dress ke pejabat lebih-lebih lagi bagi wanita yang bertudung. Namun, bagi wanita yang tidak bertudung dan bekerja di dalam sector korporat, pemakaian womens office dresses merupakan suatu kemestian kerana ia bukan sahaja menyerlahkan lagi penampilan si pemakai, malah meningkatkan lagi keyakinan mereka dalam berurusan dengan para pelanggan misalnya. Bagi anda yang mungkin tidak akan memakai koleksi dress untuk ke pejabat atau lebih selesa dengan jenis pakaian yang lain, mungkin boleh jadikan topik entri kali ini sebagai informasi tambahan sahaja J
Berikut merupakan 4 ciri-ciri dress office wanita yang sesuai untuk digayakan ke pejabat; 



Pencil Dress

Pencil dress merupakan jenis office dress yang paling sesuai untuk digayakan pejabat. Ukuran dress yang tidak terlalu pendek dan rekaan lengan yang menutupi bahagian bahu si pemakai menjadikan ia tidak terlalu seksi untuk dipakai.
  

V-neck Tulip Dress


Jika anda tidak mempunyai keyakinan untuk menggayakan koleksi pencil dress yang berpotongan agak mengikut bentuk badan, alternatif kedua adalah koleksi tulip dress yang mempunyai rekaan agak loose pada bahagian pinggul.


Tunic Dress


Seterusnya adalah koleksi tunic dress yang berpotongan loose ke bawah dan untuk dress ini, anda boleh memakai belt sebagai aksesori tambahan.



Flare Maxi Dress


Dan alternatif bagi wanita bertudung pula, anda boleh menggayakan aneka pilihan maxi dress yang bersesuaian dengan imej Muslimah anda. Salah satunya adalah koleksi flare maxi dress seperti berikut. 

1 comment:

> Pause Here
 

Anis Shafika ©2016 All Right Reserved. Powered by Blogger