Friday 18 March 2016

Family day


Assalamualaikum.

Akhirnya, dapat juga online. Hahaha >.< Minggu ni tersangat lah busy elok pulak time cuti midsem macam macam program ada. Isnin haritu tersangat lah letih sebab abang sedara Anis kahwin. Tak berhenti rasanya berjalan. Kesana kesini kesitu kemana mana lah. Haha, Yang paling rasa malunya masa kenduri tu Pak uda Anis suruh jadi PENGAPIT -.- Haaa sudah! i kennot lah T_T Dah lah Anis pemalu kena pulak jadi pengapit. Em em nak tak nak terpaksa lah jugak kan. Dah lah masa tu ramai yang nak snap gambar pengantin yang Abang mie pula duk record video. Halah halah, muka masa tu dah lah berpeluh lenjun rasanya depa tak on kipas kat atas pentas tu -.- Dan masa tu jugak dibelakang  pulak ada abang Anis and anak anak sedara duk tembak belon air tu yang guna pistol tu. Melekit dan melekat di muka ni. Adehh -.- Tapi apa apa pun memang happy gila sebab semua sedara mara yang nun duk jauh sana tu pun balik bagi meriahkan lagi majlis tu :) Alhamdulillah. Tapi malangnya mereka balik awal sangat.

Selepas seharian letih, esok paginya. Dengar dengar nak pergi bercuti. Ewahhh~ Sempena menyambut kakak sedara baru konon sambil tu buat FAMILY DAY. Waaa, daebak! Deme duk bincang bincang nak pergi mana akhirnya buat keputusan nak pergi PANGKOR ISLAND~ Yeahhh! Semua yang terlibat masa majlis tu semua pergi. Ada jugak yang tak pergi sebab dah start kerja. Tapi yang pergi tu dalam 4 5 family gak lah yang pergi. Anis dah lama tunggu saat saat ni. Setelah sekian lama keluarga ni ada masalah dan kini Allah telah memakbulkan doa kami semua. Terima kasih, Ya Allah. Mesti nenek dan atuk rasa gembira bila melihat anak anak mereka kembali mesra :')

Rasa gembira sangat dapat buat FAMILY DAY kali ni. Dapat mandi kolam ramai ramai, Anis yang besar pun turut serta juga. Takkan nak lepaskan peluang kut. Balik rumah nanti tak merasa dah kat sana lah kena mandi manda dalam kolam sepuas puasnya. Tapi kan yang peliknya kenapa air kolam tu agak panas dan masin ? -.- Susah betul lah nak menyelam. Pada hari kedua pulak, Pak uda cakap kita semua nak pergi SNORKLING. Waaaa~ Seronoknyaaaaa. Ramai yang pergi, sampai kena naik 2 bot sebab memang ramai lah yang pergi tapi yang kesiannya tinggal Kak Ma sorang dengan baby Farisha yang tak pergi. Emm. Takpe takpe nanti tunggu farisha dah besar kita pergi lagi okay? :D

Orang yang bawa bot tu bawa kami pusing pusing pulau dulu. Waaa best baget lah ^^ Lepas je pusing pusing pulau dia hantar kami kat satu tempat untuk SNORKLING. Hahaha, agak teruja masa tu sampai jatuh jatuh lah. Sebab licin kut batu kat sana. Dalam jugak lah air laut tu. Sebab kaki ni tak boleh capai pasir kat bawah tu. Hahaha >.< Anis dan sepupu duk menjerit lah jugak kan sebab takut. Iyelah why kaki kita tak sampai. Muka dah kena sunburn. Emmm -.- Yang budak budak mandi dekat depan sebab tak dalam sangat kami yang dewasa ni belah belakang sebab dalam. Huhu. Pedih mata dibuatnya. 

Lepas je mandi laut semua balik homestay siap kemas kemas barang sebab dah nak balik. Tapi sebelum nak balik pergi lah singgah ke pekan pangkor. Kut ada yang nak beli ikan bilis ke apa ke. Lepas habis singgah menyinggah masa untuk pulang. Dalam otak tak fikir apa dah balik je rumah nak qado tidur. Haha sebab letih sangat tapi gembira. Hehe. Actually nak cerita lagi tapi dah panjang sangat so setakat sini saja lah Anis mampu share dengan korang betapa gembiranya Anis sebab dapat buat FAMILY DAY. Hehe :D

So, Anis nak kongsi gambar gambar masa nak pergi dan pulang.


 Part 1- Dalam Feri


Part 2- Dalam feri


Pak uda and Mak uda with naughty cousin


Bot yang pertama


Bot yang kedua. Haha , sangat excited masa ni sebab dapat naik bot.


Masa dekat laut.


Pengantin baruuuuu >.<


Ara, bella dan Kimie


Mak ndak mengawasi cucu-cucunya


Em, again.


SNORKLING~


Wuuuu, pedih mata.


Berenang renang lah uolls.

Actually, banyak gambar keluarga tapi banyak dekat dalam kamera Om jali. Yang ni pun ambik kat dalam group ws family. Okay guys, setakat sini saja. Bye bye. Huuuu~






No comments:

Post a Comment

> Pause Here
 

Anis Shafika ©2016 All Right Reserved. Powered by Blogger